jawi

doa sempena pencen





Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia

Puan  Tang Boon siew

doa sempena pencen

Yang  akan bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dankeredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Ya Allah limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, didalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah- mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadipendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu.Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yangsempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dangenerasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yangdiRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati